Kelas Asas Microsoft Word

19 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang belia.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta tentang pengertian Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan latihan Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka sambil dibimbing staf yang mengajar.

Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dikalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali